Tuesday, March 2, 2010

kenapa sabar.....


sabar sebahagian daripada iman.....

Sebenarnya kan, bila kita keep thinking of sumthing yg watkan kita sedih, kita akan jadi kurg sabar dan memberontak.
Positif kan diri tu sgt perlu untuk memotivasikan diri dalam menempuh hidup ni yg sememangnya penug cabaran dan duuuuugaaaaaan.....

CiNtA.........
Memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain...

Jodoh, adalah fitrah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.Sabar memg memainkan peranan penting dalam mencari cinta....

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.
Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.


Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik.
Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

Ku ingin kau tau...... ungu.

1 comment:

Post a Comment



I changed my font at thecutestblogontheblock.com