Sunday, July 1, 2012

Berfikir..

Assalamualaikum.. 

Fikiran adalah daya berfikir, akal, ingatan.. hilang fikiran hilang akal, kurang fikiran kurang akal dan sakit fikiran gila..?kita adalah apa yang kita fikirkan.. tetapi mcm mane kita nak terus berfikir apa yang kita nak kita fikirkan?Fuhh.. x faham.. betul kita perlu berfikir yang kita akan berjaya, kita boleh dan kita mampu.. tetapi bagaimana nak mengekalkan fikiran kita selalu berfikiran begitu? 
Ketabahan, kematangan, kesabaran dan kebijaksanaan mampu menjadikan kita seorang yang mampu berdiri di kaki sendiri.. malah tabah menghadapi segala kepayahan dan kesusahan walaupun tiada siapa berada disisi kita.. Allah selalu perhatikan kita.. selalu mendengar.. selalu melihat.. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Minta la apa sahaja kepadanya.. Usaha dan tawakal pasti akan membuahkan hasil.. lambat atau cepat pasti akan memuaskan hati kita.. Susah atau senang, kita pasti akan dapat tempuhinya..Itula fikiran bersih yang kita sendiri cuba tanamkan dalam kotak fikiran kita...kadangkala hasutan, pengaruh persekitaran dan anasir2 luar yang mengeluarkan kata2 hina yang boleh menggoyahkan pendirian kita tentang cara kita berfikir...yaAllah... tabahkan hati hambaMu.. untuk menempuh segala dugaan..

Doakan kesejahteraan ibubapa, berbakti kepada mereka, dan menghargai mereka pasti akan membersihkan hati kita.. Lalu membuahkan pemikiran yang senantiasa mengingatiNya..

Bebanan hidup, dugaan, rintangan dan cabaran akan mematangkan pemikiran. Lalu mengajar kita untuk menilai keputusan2 yang dibuat sebelum ini untuk membuat keputusan selepas ini. 

Semoga segala-galanya berjalan lancar walaupun kita bersendirian..

No comments:

Post a Comment



I changed my font at thecutestblogontheblock.com